9H7M TURKI KAZAKHSTAN BERSAMA HABIB NAJMUDDIN

Tarikh – Tarikh Pelepasan

11-18 Sep 2020

9H7M TURKI – KAZAKHSTAN BERSAMA HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED

Terokai bumi Turki yang penuh mengasyikkan disamping menimba ilmu mengenal Khalifah Othmaniyah dan sejarah Islam disini bersama Habib Najmuddin Othman Al-Khered. Anda juga dapat 1 hari FREE di Almaty, Ibu negara Kazakhstan yang harus dikunjungi!

Video Sekadar Ilustrasi : Milik Penerbangan Turkish Airlines

Harga Pakej

All-Inclusive Full Board.
RM5,670

Dewasa Bilik Berdua

Tempah
RM5,450

Kanak-Kanak Berkatil

Tempah
RM5,240

Kanak-Kanak Tanpa Katil

Tempah

JADUAL ATURCARA & LALUAN

HARI 1 : KUALA LUMPUR – ALMATY – ISTANBUL

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Istanbul dengan Air Astana (transit di Almaty). Tiba di Istanbul dan terus daftar masuk hotel. Berehat.

HARI 2 :  ISTANBUL – BURSA            (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Kita akan melawat bandar indah Istanbul antaranya ke Roman Hippodrome, Masjid Biru- Sultan Ahmet dan Hagia Sophia. Dengarkan sejarah keagungan empayar Ottoman di Istana Topkapi. Disini, terletaknya antara Al-Quran tertua yang ditulis sekitar kurun ke 15. Selepas makan tengahari, kita akan ke Bursa. Makan malam dan bermalam di Bursa.

HARI 3 :  BURSA- KUSADASI                 (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Hari ini lawatan penuh ke Green Mosque dan The Grand Mosque yang sangat indah. Masjid-masjid ini didirikan pada kurun ke-14 dengan seni bina mengkagumkan. Seterusnya, kita akan ke Kusadasi yang terletak berhampiran pantai. Singgah di Pasar Sutera untuk membeli belah. Makan tengahari & Malam disediakan.
    Bermalam di Kusadasi.

HARI 4 : KUSADASI – PAMUKKALE             (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Lawatan Sirince Village yang bermaksud perkampungan cantik dan meneroka Bandar Purba Ephesus, salah satu tapak arkeologi paling terkemuka di dunia. Anda akan melihat struktur hebat seperti Perpustakaan of Celcius, Kuil Handrian, Marble Street dan Agora. Terus ke Pamukkale dan melawat runtuhan Ancient City of Hierapolis dan meneroka Cotton Castle, dan kolam yang tercipta hasil daripada perairan air  panasberkapur yang mengalir ke bawah gunung. Makan tengahari & Malam disediakan. Bermalam di Pamukkale.

HARI 5 :  PAMUKKALE – CAPPADOCIA                   (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Lawatan ke Cappadocia, berhenti bergambar di Caravanserai purba lama berusia 700 tahun iaitu hotel dan Kawasan perdagangan untuk peniaga dan pelancong di Jalan Sutera pada masa silam! Seterusnya melawat muzium abad ke-13 Philospher, Melvana Cellaleddin -i Rumi, yang digunakan untuk menjadi Cloister untuk Mevlevi Dervishes. Terus bergerak ke Cappadocia dan akan bermalam di sini. Makan tengahari & Malam disediakan.

HARI 6 : CAPPADOCIAA (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Menaiki Hot Air Balloon (Pilihan tambahan) sambil melihat landskap yang menarik semasa matahari terbit. Kemudian, akan menziarahi bandar bawah tanah Kaynakli iaitu tempat perlindungan untuk pelarian 15000 Kristian pada masa lalu. Boleh melihat bilik tidur, mesyuarat dan tempat penyimpanan makanan purba di bandar ini dengan lapan tingkat yang dihubungkan dengan 30km koridor dan laluan-laluan. Kemudian, mendapat peluang melihat keindahan hasil kerja orang Turki iaitu permaidani tenunan. Setelah itu, lawatan ke lembah merpati. Photo stop akan dibuat di Uchisar Castle Village, yang merupakan fantasy-land dimana tercipta dari kerja-kerja manusia dan alam semulajadi yang unik dan indah. Kemudian ke Village Pottery Avanos yang terletak di tebing Kizilirmark (Sungai Merah). Makan tengahari & Malam disediakan.

HARI 7 :  CAPPADOCIA – ANKARA – ISTANBUL                (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Memulakan perjalanan dengan melalui Jalan Salt Lake yang cantik dan tiba di Ankara – ibu negara Turki. Di Ankara melawat makam Ataturk dan muzium tempat persemadian Mustafa Kamal Ataturk. Makan tengahari dan Malam disediakan . Bermalam di Istanbul.

HARI 8 : ISTANBUL – ALMATY                    (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi. Daftar keluar dan Menaiki Kapal Bosphorus menyeberangi laut yang memisahkan Asia & Eropah. Makan tengahari dan seterusnya membeli belah di Grand Bazaar yang berusia 500 tahun dan mempunyai lebih 4000 gerai dan kedai menjual barangan kulit, barang kemas, kraftangan, seramik, kopi turkish dan produk tempatan yang lain. Selepas itu, kita ke Spice Bazaar untuk melihat pelbagai rempah ratus dari seluruh dunia. Makan malam dan terus ke airport untuk ke Almaty, Kazakhstan.

HARI 9 :  ALMATY – KUALA LUMPUR                (SP/MT/MM)

  • Tiba di Almaty dan masuk ke hotel. Sarapan pagi dan berehat. Kita akan melawat beberapa tempat bersejarah seperti Istana Presiden, Dataran Republik, Tugu Kemerdekaan, Teater Opera & Ballet, Taman-taman yang indah di sini. Makan tengahari dan membeli belah di Green Bazaar. Solat di Masjid Central Almaty yang indah. Makan malam dan terus ke lapangan terbang untuk kembali ke Kuala Lumpur.

HARI 10 :  KUALA LUMPUR                (SP/MT/MM)

  • Tiba di Kuala Lumpur pada jam 0940 pagi dengan memori Indah dan Ilmu yang bermanfaat.

PAKEJ TERMASUK

  • 7 malam penginapan di hotel
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan Makan Malam seperti dalam aturcara
  • Tiket masuk ke semua lawatan seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan sepanjang lawatan
  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Airport tax
  • Bosphorus Cruise
  • Tips pemandu pelancong dan bas
  • Insuran pelancongan
  • Cenderahati dari WTA Travel
  • Pembimbing sepanjang lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Perbelanjaan peribadi
  • Perkhidmatan lain yang tidal tertera dalam pakej lawatan

Borang Tempahan Pakej

Tempah Pakej Ini dengan mengisi borang disediakan di bawah

  • Price: RM 500.00
    Deposit RM500 mestilah dilakukan bagi setiap peserta yang akan menyertai pakej.
    Pemulangan deposit tertakluk kepada terma & syarat pakej

Perlukan Bantuan?

Hubungi pasukan kami untuk bantuan.
Klik pada nombor telefon bagi mendapatkan maklubalas pantas secara terus menerusi Whatsapp.

Puan Nadia Abas
+6017-232 4829

Che Mohd Razlin
+6012-694 3769