9H7M TURKI & KAZAKHSTAN

Tarikh – Tarikh Pelepasan

22 NOV – 1 DEC 2020

9H7M TURKI KAZAKHSTAN

Jom kembara ke dua negara yang sangat menakjubkan iaitu Turki dan Kazakhstan. Banyak tempat lawatan yang akan kita ziarah pastinya memberikan pengalaman Indah melihat kegemilangan Khalifah Othmaniyah dalam pembinaan empayar Islam di Turki dan seluruh eropah. Juga membeli belah pelbagai barangan deko rumah, cenderahati di bazaar ratusan tahun iaitu Grand Bazaar dan Spice Market yang menawarkan pelbagai rempah ratus di seluruh dunia menjadi bukti Istanbul dahulu merupakan pelabuhan dan pusat dagangan utama menghubungkan Asia dan Eropah.

Anda juga berpeluang melihat Almaty, sebuah bandar metropolis yang sangat Indah di Kazakhstan. Almaty bandar moden berlatar belakangkan Gunung Trans Ili Alatau dan pelbagai cerita menarik bandar ini!

Harga Pakej

All-Inclusive Full Board
RM4,965

Dewasa Bilik Berdua

Tempah
RM4,710

Kanak-Kanak Berkatil

Tempah
RM4,536

Kanak-Kanak Tanpa Katil

Tempah

JADUAL ATURCARA & LALUAN

HARI 1 : KUALA LUMPUR – ISTANBUL (ONBOARD MEALS)

  • Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Istanbul dengan Air Astana (transit di Almaty). Tiba di Istanbul dan terus daftar masuk hotel. Berehat.

HARI 2 : ISTANBUL – BURSA             (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Kita akan melawat bandar indah Istanbul antaranya ke Roman Hippodrome, Masjid Biru- Sultan Ahmet dan Hagia Sophia. Dengarkan sejarah keagungan empayar Ottoman di Istana Topkapi. Disini, terletaknya antara Al-Quran tertua yang ditulis sekitar kurun ke 15. Selepas makan tengahari, kita akan ke Bursa. Makan malam dan bermalam di Bursa.

HARI 3 : BURSA- KUSADASI             (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Hari ini lawatan penuh ke Green Mosque dan The Grand Mosque yang sangat indah. Masjid-masjid ini didirikan pada kurun ke-14 dengan seni bina mengkagumkan. Seterusnya, kita akan ke Kusadasi yang terletak berhampiran pantai. Singgah di Pasar Sutera untuk membeli belah. Makan tengahari & Malam disediakan. Bermalam di Kusadasi.

HARI 4 : KUSADASI – PAMUKKALE               (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Lawatan Sirince Village yang bermaksud perkampungan cantik dan meneroka Bandar Purba Ephesus, salah satu tapak arkeologi paling terkemuka di dunia. Anda akan melihat struktur hebat seperti Perpustakaan of Celcius, Kuil Handrian, Marble Street dan Agora. Terus ke Pamukkale dan melawat runtuhan Ancient City of Hierapolis dan meneroka Cotton Castle, dan kolam yang tercipta hasil daripada perairan air panas berkapur yang mengalir ke bawah gunung. Makan Tengahari &  Malam disediakan. Bermalam di Pamukkale.

HARI 5 : PAMUKKALE – CAPPADOCIA                (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Lawatan ke Cappadocia, berhenti bergambar di Caravanserai purba lama berusia 700 tahun iaitu hotel dan Kawasan perdagangan untuk peniaga dan pelancong di Jalan Sutera pada masa silam! Seterusnya melawat muzium abad ke-13 Philospher, Melvana Cellaleddin -i Rumi, yang digunakan untuk menjadi Cloister untuk Mevlevi Dervishes. Terus bergerak ke Cappadocia dan akan bermalam di sini. Makan tengahari & Malam disediakan.

HARI 6 : CAPPADOCIAA                  (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Menaiki Hot Air Balloon (Pilihan tambahan) sambil melihat landskap yang menarik semasa matahari terbit. Kemudian, akan menziarahi bandar bawah tanah Kaynakli iaitu tempat perlindungan untuk pelarian 15000 Kristian pada masa lalu. Boleh melihat bilik tidur, mesyuarat dan tempat penyimpanan makanan purba di bandar ini dengan lapan tingkat yang dihubungkan dengan 30km koridor dan laluan-laluan. Kemudian, mendapat peluang melihat keindahan hasil kerja orang Turki iaitu permaidani tenunan. Setelah itu, lawatan ke lembah merpati. Photo stop akan dibuat di Uchisar Castle dan Village, yang merupakan fantasy-land dimana tercipta dari kerja-kerja manusia dan alam semulajadi yang unik dan indah. Kemudian ke Village Pottery Avanos yang terletak di tebing Kizilirmark (Sungai Merah). Makan tengahari & Malam disediakan.

HARI 7 : CAPPADOCIA – ANKARA – ISTANBUL            (SP/MT/MM)

  • Sarapan di hotel. Memulakan perjalanan dengan melalui Jalan Salt Lake yang cantik dan tiba di Ankara – ibu negara Turki. Di Ankara melawat makam Ataturk dan muzium tempat persemadian Mustafa Kamal Ataturk. Makam ini mempunyai campuran gaya seni bina yang berbeza dari pelbagai muzium tamadun Anatolia. Makan tengahari & Malam disediakan . Bermalam di Istanbul.

HARI 8 : ISTANBUL – ALMATY            (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi. Daftar keluar dan Menaiki Kapal Bosphorus menyeberangi laut yang memisahkan Asia & Eropah. Makan tengahari dan seterusnya membeli belah di Grand Bazaar yang berusia 500 tahun dan mempunyai lebih 4000 gerai dan kedai menjual barangan kulit, barang kemas, kraftangan, seramik, kopi turkish dan produk tempatan yang lain. Selepas itu, kita ke Spice Bazaar untuk melihat pelbagai rempah ratus dari seluruh dunia. Makan malam dan terus ke airport untuk ke Almaty, Kazakhstan.

HARI 9 : ALMATY – KUALA LUMPUR.          (SP/MT/MM)

  • Tiba di Almaty dan masuk ke hotel. Sarapan pagi dan berehat. Kita akan melawat beberapa tempat bersejarah seperti Istana Presiden, Dataran Republik, Tugu Kemerdekaan, Teater Opera & Ballet, Taman-taman yang indah di sini. Makan tengahari dan membeli belah di Green Bazaar. Solat di Masjid Central Almaty yang indah. Makan malam dan terus ke lapangan terbang untuk kembali ke Kuala Lumpur.
  • Tiba di Kuala Lumpur keesokkan harinya dengan kenangan indah.

PAKEJ TERMASUK :

  • 7 malam penginapan di hotel
  • 1 hari dengan hotel di Almaty, Kazakhstan
  • Sarapan, makan tengahari dan malam seperti dalam aturcara
  • Semua pengangkutan seperti dalam aturcara
  • Penerbangan pegi dan balik
  • Airport tax
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan bas
  • Cenderahati dari WTA

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Travel Insurance
  • Perbelanjaan peribadi
  • Khidmat tambahan yang tidak tertulis dalam aturcara.

Borang Tempahan Pakej

Tempah Pakej Ini dengan mengisi borang disediakan di bawah

  • Price: RM 500.00
    Deposit RM500 mestilah dilakukan bagi setiap peserta yang akan menyertai pakej.
    Pemulangan deposit tertakluk kepada terma & syarat pakej

Perlukan Bantuan?

Hubungi pasukan kami untuk bantuan.
Klik pada nombor telefon bagi mendapatkan maklubalas pantas secara terus menerusi Whatsapp.