8H7M Jelajah Turkey

Istanbul – Canakkale – Bergama – Kusadasi – Ephesus – Pamukkale – Cappadocia – Ankara - Istanbul

VALIDITY : 30 MARCH 2014

HARI 01 : KUALA LUMPUR—ISTANBUL – CANAKKALE (MT/MM)
Setibanya di Airport , anda akan disambut oleh wakil kami. Seterusnya anda dibawa ke Grand Bazaar, untuk membeli cenderamata dan sebagainya. Makan tengahari direstoran tempatan. Perjalanan diteruskan ke Canakkale dengan menggunakan Feri dari Eceabat. Tiba di Canakkale, check in hotel. Makan malam di hotel.

HARI 02 : CANAKKALE – BERGAMA - KUSADASI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, check out. Anda akan melawat Kota Lagenda Troy dan tempat berlakunya “Trojan War”. Seterusnya, perjalanan anda diteruskan ke Bergama untuk lawatan di Kota Kuno Acropolis. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya, perjalanan menuju ke Kusadasi sebuah Bandar Peranginan yang terkenal. Check in hotel. Makan malam di hotel

HARI 03: KUSADASI – EPHESUS - PAMUKKALE (SP/MT/ MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, check out. Perjalanan diteruskan ke Ephesus untuk lawatan di House of Virgin Mary. Menurut kepercayaan Katolik, Maria telah dibawa dan tinggal disini bersama Saint John. Makan tengahari di restoran muslim tempatan. Perjalanan di teruskan ke Pamukkale. Check in hotel dan makan malam di hotel.

HARI 04: PAMUKKALE - CAPPADOCIA (SP/MT/ MM)
Selepas sarapan pagi, check out. Anda akan melawat ’Cotton Castle’. Kawasan ini adalah sebuah teres air panas bewarna putih yang terletak di atas bukit. Seterusnya ke Heirapolis, kawasan Purba Greek. Perjalanan diteruskan menuju ke Konya. Tiba di Konya anda akan melawat Mevlana Museum. Di sini anda dapat melihat kesan awal kedatangan Islam seperti ukiran, al-Quran lama dan pelbagai lagi. Anda juga akan mengetahui lebih lanjut tentang tarian Mevlana iaitu ‘Whirling Derwish’. Singgah di Sultanhani Caravansary, persinggahan pedagang zaman dahulu. Check in hotel. Makan tengahari di restoran tempatan. makan malam di hotel.

HARI 05: CAPPADOCIA (SP/MT/ MM)
Selepas sarapan pagi, anda boleh merasai pengalaman menaiki Hot Baloon dengan harga USD200 seorang. Kemudian kita akan ke Ozkonak Underground City. Kemudian melawat Goreme Open Air Museum dan kilang membuat karpet sutera buatan tangan di Cappadocia Carpet. Selepas makan malam, anda dihiburkan dengan Belly Dance Show di Evranos Restaurant.

HARI 06: CAPPADOCIA – ANKARA – ISTANBUL (SP/MT/ MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, check out. Perjalanan menuju ke Ankara. Dalam perjalanan, berhenti di Tuz Lake – Tasik Garam terbesar di Turki. Tiba di Ankara, anda akan melawat Ataturk Mausoleum dan Anatolian Civilization Museum. Makan tengahari di restoran tempatan. Sambung perjalanan menuju ke Istanbul. Tiba di Istanbul, makan malam direstoran tempatan. Check in hotel.

HARI 07: ISTANBUL (SP/MT/ MM)
Selepas sarapan pagi anda terus dibawa bersiar-siar di Istanbul. Anda akan berpeluang menaiki Bosphorus Cruise di mana anda akan melihat terusan yang memisahkan antara Benua Eropah dan Benua Asia. Lawatan diteruskan ke ‘Blue Mosque’, sebuah masjid besar
yang unik dan terkenal. Teruskan lawatan ke Hippodrome. Kemudian melawat ke St Sophia; sebuah masjid yang asalnya gereja dan kini menjadi muzium. Seterusnya ke Topkapi Palace tempat penyimpanan barang peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang dll. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 08 : ISTANBUL –KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi , aktiviti bebas sehingga masa bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

harga untuk seorang (RM)
Hotel * Dewasa 2-3 Dewasa 4-5 Dewasa 6-7 Dewasa 8-9 Dewasa 10-15
Baia Hotel Bursa, Richmond Hotel Pamukkale, Yiltok Hotel
Nevsehir, Koru Hotel Bolu, Grand Halic Hotel Istanbul
**** 4750 3180 2650 2610 2550
Almira Hotel Bursa, Colossae Hotel Pamukkale, Perissia Hotel
Nevsehir, Koru Bolu Hotel, Barcleo Eresin Topkapi Hotel
Istanbul
***** 5070 3450 2910 2840 2810

HARGA TERMASUK :

  • Penginapan 7 malam di hotel bertaraf 4*
  • Makan tengahari dan malam di restoran muslim / hotel
  • Pengangkutan untuk lawatan secara private
  • Lawatan dan tiket masuk seperti yang dinyatakan
  • Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris

HARGA TIDAK TERMASUK :

  • Tiket penerbangan pergi dan balik.
  • Cukai lapangan terbang di KUL / IST
  • Personal expenses such as laundry, telephone calls and etc
  • Tipping to tour guide and driver RM200/pax
  • Surcharge Cuti umum / perayaan / atau sebagainya

PERINGATAN :

  • Harga kanak-kanak tanpa katil diskaun 30% / Harga kanak-kanak perlu katil tambahan diskaun 20%
  • Sah sehingga 30 Mar 2014

 

Book Now!