4H3M Istanbul "aku dating", Turkiye

VALIDITY : 30 MARCH 2014

HARI 1 : KUALA LUMPUR – LAPANGAN TERBANG ISTANBUL (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan disambut oleh wakil kami. Seterusnya, anda akan dibawa ke Bandar Lama Istanbul untuk lawatan ke ‘Masjid Biru’ sebuah masjid besar yang unik dan terkenal. Seterusnya, bergambar di Hippodrome. Makan tengahari di restoran muslim tempatan. Lawatan anda diteruskan ke Topkapi Palace tempat penyimpanan barang peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang dll. Kemudian melawat ke St Sophia; sebuah masjid yang asalnya gereja dan kini menjadi muzium. Kemudian, anda dibawa ke hotel untuk “check in”

HARI 2 : ISTANBUL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa bersiar-siar di Bandar Istanbul. Lawatan anda diteruskan ke Masjid Ayyub Al-Ansar. Ayyub Al Ansari adalah seorang pejuang dan sahabat nabi. Seterusnya, ke Masjid Baru Turki dan Masjid Rustempasa. Makan tengahari di restoran muslim tempatan. Lawatan di teruskan ke Masjid Suleymaniye dan dapatkan kisah disebalik pembinaan masjid ini. Makan malam direstoran muslim tempatan dan kembali ke hotel.

HARI 03: ISTANBUL (SP/MT/ MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan bersiar-siar di Bandar Istanbul. Anda berpeluang menaiki Bosphorus Cruise di mana anda akan melihat terusan yang memisahkan antara benua Eropah dan Benua Asia. Selesai menaiki cruise, anda akan dibawa melawat Beylerbeyl Palace yang dibina pada tahun 1861. Pemandu pelancong anda akan menjelaskan kisah di sebalik cerita Istana ini. Seterusnya, makan tengahari di restoran muslim tempatan. Lawatan anda diteruskan untuk melihat panorama Kota Istanbul di Camlica Hill. Kemudianya, anda diberi masa untuk membeli-belah di Grand Bazar. Makan malam direstoran muslim tempatan dan check in hotel.

HARI 04 : ISTANBUL –KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, check out hotel. Lawatan anda bersambung ke Turkish & Islamic Arts Museum. Anda akan melihat sejarah kedatangan islam ke Turki. Seterusnya ke anda akan diberi masa bersantai di Taksim Bandar Baru Istanbul. Makan tengahari direstoran muslim tempatan. Anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

harga untuk seorang (RM)
Hotel * Dewasa 2-3 Dewasa 4-5 Dewasa 6-7 Dewasa 8-9 Dewasa 10-15
Grand Halic Hotel Istanbul 4* **** 2400 1840 1660 1570 1510
Barcelo Hotel Istanbul 5* ***** 2680 2040 1850 1760 1700

HARGA TERMASUK :

  • Penginapan 3 malam di hotel bertaraf 4*
  • Makan tengahari dan malam di restoran muslim / hotel
  • Pengangkutan untuk lawatan secara private
  • Lawatan dan tiket masuk seperti yang dinyatakan
  • Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris

HARGA TIDAK TERMASUK :

  • Tiket penerbangan pergi dan balik.
  • Cukai lapangan terbang di KUL / IST
  • Personal expenses such as laundry, telephone calls and etc
  • Tipping to tour guide and driver RM100/pax

PERINGATAN :

  • Harga kanak-kanak tanpa katil diskaun 30% / Harga kanak-kanak perlu katil tambahan diskaun 20%
  • Tidak termasuk surcharge seperti perayaan, cuti umum dan sebagainya (jika ada)
  • Harga tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis
  • Sah sehingga 30 Mar 2014

 

Book Now!