5H4M Istanbul - Busra, Turkiye

VALIDITY : 30 MARCH 2014

HARI 1 : KUALA LUMPUR – LAPANGAN TERBANG ISTANBUL (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan disambut oleh wakil kami. Seterusnya, anda akan dibawa ke Bandar Lama Istanbul untuk lawatan ke ‘Masjid Biru’ sebuah masjid besar yang unik dan terkenal. Seterusnya, bergambar di Hippodrome. Makan tengahari di restoran muslim tempatan. Lawatan anda diteruskan ke Topkapi Palace tempat penyimpanan barang peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang dll. Kemudian melawat ke St Sophia; sebuah masjid yang asalnya gereja dan kini menjadi muzium. Kemudian, anda dibawa ke hotel untuk “check in”

HARI 2 : ISTANBUL BURSA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, “check out”. Seterusnya perjalanan menuju ke Bursa dengan menaiki Feri ke Yalova melalui Orhangazi dan Gemilik Bay. Melawat ‘Masjid Hijau’ dan ‘Makam Hijau’. Makan tengahari direstoran muslim tempatan. Membeli belah di Silk Bazaar yang menjual alas meja, sarung bantal jaket kulit dan sebagainya. Check in hotel dan makan malam di hotel.

HARI 03: BURSA - ISTANBUL (SP/MT/ MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, “check out”. Anda perjalanan anda diteruskan menuju ke Bandar Istanbul Semula. Tiba di Istanbul, anda akan berpeluang menaiki Bosphorus Cruise dimana anda akan melihat terusan yang memisahkan antara benua Eropah dan Benua Asia.Selesai menaiki cruise, anda akan dibawa melawat Beylerbeyl Palace yang dibina pada tahun 1861. Pemandu pelancong anda akanmenjelaskan kisah disebalik cerita Istana ini. Seterusnya, makan tengahari di restoran muslim tempatan. Lawatan anda diteruskan untuk melihat panorama Kota Istanbul di Camlica Hill. Kemudianya, anda diberi masa untuk membeli-belah di Grand Bazar. Makan malam di restoran muslim tempatan dan check in hotel.

HARI 4 : (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa bersiar-siar di Kota Istanbul. Lawatan anda diteruskan ke Masjid Ayyub Al-Ansar. Ayyub Al Ansari adalah seorang pejuang dan sahabat nabi. Seterusnya, ke Masjid Baru Turki dan Masjid Rustempasa. Makan tengahari direstoran muslim tempatan. Lawatan di teruskan ke Masjid Suleymaniye dan dapatkan kisah disebalik pembinaan masjid ini. Makan malam direstoran muslim tempatan dan kembali ke hotel.

HARI 5 : ISTANBUL –KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, check out hotel. Lawatan anda bersambung ke Turkish & Islamic Arts Museum. Anda akan melihat sejarah kedatangan islam ke Turki. Seterusnya ke Underground Cistern di mana ia dibina untuk dijadikan sumber takungan air. Makan tengahari di restoran muslim tempatan. Anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

Net Rate Per Person in Malaysia Ringgit (RM)
Hotel * Dewasa 2-3 Dewasa 4-5 Dewasa 6-7 Dewasa 8-9 Dewasa 10-12
Grand Halic Hotel Istanbul 4* & Baia Hotel Bursal 4* **** 4070 2760 2330 2110 2070
Barcelo Hotel Istanbul 5* & Almira Hotel Bursa 5* ***** 4280 2960 2550 2300 2260

HARGA TERMASUK :

  • Penginapan 4 malam di hotel bertaraf 4*
  • Makan tengahari dan malam di restoran muslim / hotel
  • Pengangkutan untuk lawatan secara private
  • Lawatan dan tiket masuk seperti yang dinyatakan
  • Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris

HARGA TIDAK TERMASUK :

  • Tiket penerbangan pergi dan balik.
  • Cukai lapangan terbang di KUL / IST
  • Personal expenses such as laundry, telephone calls and etc
  • Tipping to tour guide and driver RM100/pax

PERINGATAN :

  • Harga kanak-kanak tanpa katil diskaun 30% / Harga kanak-kanak perlu katil tambahan diskaun 20%
  • Tidak termasuk surcharge seperti perayaan, cuti umum dan sebagainya (jika ada)
  • Harga tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis

 

Book Now!