4D3N Pekanbaru, Indonesia (Ground sahaja)

SAH SEHINGGA DISEMBER 2015

Bandar Hotel Harga Seorang Dewasa Min (Berdua/Bertiga)
3 4 - 6 7 - 10 + Bilik seorang
Pekanbaru steffani Hotel 3* RM860 RM720 RM650 RM645 RM200
Pekanbaru Ishine Hotel 3* RM920 RM770 RM710 RM695 RM285
Pekanbaru Pangeran / the premiere 4* RM985 RM845 RM775 RM770 RM330
Pekanbaru Grand labersa 5* RM1045 RM865 RM795 RM790 RM360

Harga kanak-kanak 75% dari harga biasa bagi tambahan katil
Harga kanak-kanak 55% dari harga dewasa jika tiada tambahan katil

HARI 1 : KUALA LUMPUR - PEKANBARU (MT/MM)

Setibanya di lapangan terbang Pekanbaru, anda akan disambut oleh wakil kami. Seterusnya anda akan makan tengahari di restoran muslim. Seterusnya lawatan anda diteruskan ke Muzium Pekanbaru atau dikenali sebagai Muzium Sang Nila Utama untuk mengenali budaya dan masyarakat Pekanbaru. Muzium ini dibina dengan gaya senibina tradisional melayu riau. Kemudian anda akan ke Taman Budaya Riau untuk melihat beberapa rumah tradisional dan tempat ini dijadikan sebagai pusat aktiviti kebudayaan. Seterusnya lawatan anda diteruskan ke Cultural Park Building dan Adat Community House di Diponegoro Street. Makan malam di restoran muslim tempatan dan check in hotel.

HARI 2 : PEKANBARU (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan ke Masjid Besar yang merupakan masjid tertua di Pekanbaru dan telah dibina pada abad ke 18 semasa zaman Kesultanan Siak, Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah. Bersebelahan dengan masjid, terdapat beberapa kubur keluarga diraja yang dianggap suci dan sering dilawati oleh pengunjung yang memiliki hubungan dengan Sultan Siak. Selepas makan tengahari di restoran muslim tempatan, anda diberi masa bebas membeli-belah di Pasar Bawah dan beberapa pusat membeli-belah. Selepas makan malam, kembali semula ke hotel.

HARI 3 : PEKANBARU (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, sambung membeli-belah di pusat membeli-belah di Matahari, Ramayana dan belbagai lagi. Selepas makan tengahari, kembali semula ke hotel untuk berehat. Makan malam di restoran muslim tempatan.

HARI 4 : PEKANBARU - KUALA LUMPUR (SP)

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARGA TERMASUK :

  • Penginapan 3 malam di hotel pilihan
  • Pengangkutan untuk lawatan-PRIVATE
  • Makan tengahari dan malam
  • Tiket masuk tempat lawatan

HARGA TIDAK TERMASUK :

  • Tiket Penerbangan pergi dan balik
  • Cukai lapangan terbang
  • Lawatan di luar aturcara

NOTA :

  • Harga dan aturcara tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Harga sah untuk minima 2 dewasa keatas.
  • Harga tidak termasuk dengan sebarang caj musim kemuncak.

 

Book Now!