4H3M Banda Aceh, Indonesia (Ground sahaja)

SAH SEHINGGA DISEMBER 2014

Hotel * Malam Harga Seorang Dewasa Min (Berdua/Bertiga)
3 4 - 6 7 - 10 + Bilik seorang
Sulthan Hotel *** 3 RM905 RM760 RM715 RM675 RM255
Grand Nangro *** 3 RM950 RM805 RM755 RM715 RM290
Hermess Palace **** 3 RM1,085 RM940 RM905 RM855 RM410

Harga kanak-kanak  75% dari harga biasa bagi tambahan katil
Harga kanak-kanak 50% dari harga dewasa jika tiada tambahan katil

HARI 1 : KUALA LUMPUR - BANDA ACEH (MT/MM)

Setibanya di lapangan terbang Banda Aceh, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke restoran muslim untuk makan tengahari. Lawatan anda akan diteruskan ke Tugu Seulawah Lama untuk memperingati pesawat Indonesia pertama yang dibeli oleh Presiden pertama Indonesia, Sukarno. Seterusnya ke lawatan ke masjid lama yang dibina pada zaman penjajahan Belanda, Masjid Raya Baiturahman. Kemudian anda dibawa ke Muzium Aceh dengan sinibina rumah tradisional Aceh dan lihat Cakera Donya Bell dan Masjid Sulthan Iskandar Muda. Makan malam direstoran muslim dan Check in hotel.

HARI 2 : BANDA ACEH (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan penuh sepanjang hari disekitar Banda Aceh. Lawatan pertama anda menuju ke Gunongan untuk melihat Taman Putri Pahang, taman Isteri Raja Muda Iskandar dari Pahang yang suka berehat disini. Seterusnya melihat tanah perkuburan khas Wira Aceh dan Belanda di Kerkoop. Lawatan diteruskan ke Pesantren Darul Magrifah untuk melihat pusat penempatan anak-anak angkat mangsa tsunami yang dibina oleh UMNO Pulau Pinang. Anda diberi masa membeli-belah di Plaza Pantai Perak, Plaza Berata dan Pasar Aceh. Kembali semula ke hotel. Makan tengahari dan malam direstoran muslim tempatan.

HARI 3 : BANDA ACEH TSUNAMI (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa melihat kesan kejadian tsunami. Dalam lawatan anda akan dapat melihat sebuah kapal penjana elektrik seberat 2600tan terdampar lebih 5km dari lautan dan dijadikan sebagai Tugu Kapal Apung Lampulo. Seterusnya anda dibawa ke Kampung Ulee Lee yang dahulunya adalah sebuah Kampung Nelayan. Singgah di Pantai Lampu’uk dan Loknga dimana kita boleh melihat sebuah bot nelayan terdampar di atas sebuah rumah. Lawatan diteruskan ke Rumah Cut Nyak Dien. Anda akan diberi masa membeli-belah di sekitar Banda Aceh. Balik semula ke hotel dan berehat. Makan tengahari dan malam di restoran muslim tempatan.

HARI 4 : BANDA ACEH - KUALA LUMPUR (SP)

Selepas sarapan pagi, check out dan anda akan ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARGA TERMASUK :

  • Penginapan 3 malam di hotel pilihan
  • Pengangkutan untuk lawatan
  • Makan tengahari dan malam
  • Tiket masuk tempat lawatan
  • Lawatan seperti aturcara - PRIVATE

HARGA TIDAK TERMASUK :

  • Tiket Penerbangan pergi dan balik
  • Cukai lapangan terbang
  • Lawatan di luar aturcara
  • Caj tambahan musim kemuncak & cuti sekolah

NOTA : Harga dan aturcara tertakluk kepada perubahan semasa.

 

Book Now!