4H3M (Ground sahaja) Padang - Bukittinggi, Indonesia

SAH SEHINGGA 31 DISEMBER 2015

Bandar Hotel Malam Harga Seorang Dewasa Min (Berdua/Bertiga)
2-3 4-6 7-10 11-15 + Bilik seorang
Bukittinggi
Padang
Kharisma, Bunda or similar 2*
BUNDA HOTEL or similar 2*

2

1

RM770 RM620 RM600 RM555 RM200
Bukittinggi
Padang
Royal Denai Similar 3*
HW, Daima / similar 3*
2
1
RM825 RM680 RM655 RM615 RM260
Bukittinggi
Padang
Royal Denai / Similar 3*
The Axana 4*
2
1
RM840 RM690 RM675 RM625 RM295
Bukittinggi
Padang
Grand Rocky 4*
P’ Beach / Grand Inna similar 4*
2
1
RM940 RM795 RM775 RM735 RM370

Harga kanak-kanak 75% dari harga biasa bagi tambahan katil
Harga kanak-kanak tolak 50% dari harga dewasa jika tiada tambahan katil

HARI 1 : KUALA LUMPUR – PADANG - BUKITTINGGI (MT/MM)
Setibanya di lapangan terbang Padang, anda akan disambut oleh wakil kami. Seterusnya, anda akan dibawa menuju ke Bukittinggi melalui Lembah Anai. Dalam perjalanan, anda akan singgah sebentar di Air Terjun Anai dan Perkampungan Minangkabau. Makan tengahari di restoran muslim. Sambung perjalanan dan berhenti di kawasan perkampungan yang terkenal dengan kemahiran tenunan dan ukiran kayu di Pandai Sikek. Tiba di Bukittinggi, check in hotel dan acara bebas untuk bersiar di sekitar hotel. Makan malam di restoran muslim tempatan.

HARI 2 : MANINJAU TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa melawat Makam Pahlawan Bukittinggi. Seterusnya ke Ngarai Sianok dengan pemandangan yang hebat dan Terowong Jepun yang mempunyai kisah tersendiri. Selepas makan tengahari di restoran muslim, anda akan dibawa melihat pemandangan indah Tasik Maninjau dengan melalui Kelok 44. Singgah sebentar di sebuah kampung yang dikenali sebagai Sungai Batang untuk ke Rumah Hamka. Balik semula ke Bukittinggi untuk masa membeli-belah di Pasar Atas. Makan malam di restoran muslim tempatan.

HARI 3 : MINANGKABAU TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, check out. Anda akan dibawa menuju ke tanah asal Minangkabau untuk melawat Batusangkar. Dalam perjalanan, singgah sebentar di Tabek Patah untuk menikmati pemandangan yang indah. Seterusnya anda akan dibawa menikmati minum kopi dan pisang salai di kawasan perindustrian tempatan. Makan tengahari di restoran muslim yang dikelilingi sawah pagi dengan menu Ikan Bakar. Seterusnya anda akan melawat Istana Silindung Bulan. Perjalanan diteruskan menuju ke Padang melalui Perkampungan Pariangan. Tiba di Padang, anda akan bersiar-siar di China Town, Pelabuhan Lama, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang. Anda akan diberi masa bebas untuk membeli-belah sebelum check in hotel. Makan malam direstoran muslim tempatan dan kembali ke hotel.

HARI 4 : PADANG - KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARGA TERMASUK :

  • Penginapan 3 malam dengan sarapan pagi
  • Pengangkutan untuk lawatan-PRIVATE
  • Makan tengah hari dan makan malam
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti aturcara

HARGA TIDAK TERMASUK :

  • Tiket Penerbangan pergi dan balik
  • Cukai lapangan terbang
  • Lawatan di luar aturcara
  • Caj tambahan cuti hujung minggu,awam & sekolah

NOTA : Harga dan aturcara tertakluk kepada perubahan semasa.

 

Book Now!