3H2M (Ground sahaja) Padang - Bukittinggi, Indonesia

SAH SEHINGGA 31 DISEMBER 2014

Bandar Hotel Malam Harga Seorang Dewasa Min (Berdua/Bertiga)
2 3 4-6 7-10 + Bilik seorang
 Bukittinggi  Kharisma/Hotel Bunda /similar 2* 2 RM530 RM460 RM430 RM415 RM170
 BukitTinggi  Royal Denai similar 3* 2 RM580 RM510 RM485 RM460 RM220
Bukittinggi  Grand Rocky 4* 2  RM660 RM590 RM555 RM535 RM295

Harga kanak-kanak 75% dari harga biasa bagi tambahan katil
Harga kanak-kanak 50% dari harga dewasa jika tiada tambahan katil

HARI 1 : KUALA LUMPUR - PADANG - BUKITTINGGI (MT/MM)
Setibanya di lapangan terbang Padang, anda akan disambut oleh wakil kami. Seterusnya, anda akan dibawa bersiar-siar di sekitar Bandar Padang antaranya, China Town, Pelabuhan Lama, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang. Sambung perjalanan menuju ke Bukittinggi melalui Lembah Anai. Dalam perjalanan, anda akan singgah sebentar di Air Terjun Anai dan Perkampungan Minangkabau. Makan tengahari di restoran muslim. Sambung perjalanan dan berhenti di kawasan perkampungan yang terkenal dengan kemahiran tenunan dan ukiran kayu di Pandai Sikek. Tiba di Bukittinggi, check in hotel dan acara bebas untuk bersiar di sekitar hotel. Makan malam di restoran muslim tempatan.

HARI 2 : MINANGKABAU TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa menuju ke tanah asal Minangkabau untuk melawat Batusangkar. Dalam perjalanan,  singgah sebentar di Tabek Patah untuk menikmati pemandangan yang indah. Seterusnya anda akan dibawa menikmati minum kopi dan pisang salai di kawasan perindustrian tempatan. Makan tengahari di restoran muslim yang dikelilingi sawah pagi dengan menu Ikan Bakar. Seterusnya anda akan melawat Istana Silindung Bulan. Perjalanan diteruskan menuju ke Padang melalui Perkampungan Pariangan. Balik semula ke Bukittinggi untuk acara membeli-belah di Pasar Atas. Makan malam direstoran muslim tempatan.

HARI 3 : BUKITTINGGI – AIRPORT (SP)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARGA TERMASUK :

  • Penginapan 2 malam di hotel pilihan
  • Pengangkutan untuk lawatan
  • Makan tengahari dan malam
  • Tiket masuk tempat lawatan

HARGA TIDAK TERMASUK :

  • Tiket Penerbangan pergi dan balik
  • Cukai lapangan terbang
  • Lawatan di luar aturcara
  • Caj tambahan sempena cuti hujung minggu, awam & sekolah

NOTA : Harga dan aturcara tertakluk kepada perubahan semasa.

 

Book Now!